Soalan Lazim

Sila baca soalan soalan lazim dibawah.Adakah ia berkenaan dengan anda?

S: Adakah Rahsia Coklat Buatan Tangan ini dalam bentuk buku?

J: Ia dalam bentuk ebook. Dalam kata lain, ia dalam format digital yang akan dihantar melalui email dan juga CD. Anda boleh pegang, tapi CD la.

S:Betul ke kita boleh buat duit dengan menjual coklat?

J:Betul.Pasaran dan permintaan terhadap coklat buatan tangan juga semakin meningkat dari hari ke hari.

S:Boleh saya jual coklat di internet ?

J:Sudah tentu.Ramai yang menjualnya di internet. Namun, saranan saya cuba pasarkan di kawasan sekitar anda terlebih dahulu kerana ia lebih mudah.

S:Boleh ke saya jual CD Rahsia Coklat Buatan Tangan kat orang lain?

J:Tak boleh. Ia adalah hak cipta Future Business Network dan BuatC0klat.com. Ia mestilah dijual menerusi laman web ini sahaja.

S:Saya masih belajar. Adakah ia sesuai untuk saya?

J:Semua orang boleh berniaga. Malah anda boleh menjualnya di Universiti tempat anda belajar. Apa yang ditunjukkan dalam pakej ini mengunakan sumber yang minimum.

S: Saya tiada modal untuk memulakannya.Apa perlu saya buat?

J: Anda boleh mula mengumpul duit terlebih dahulu. Saya akan cuba tunjukkan cara untuk anda memulakan perniagaan dengan kos yang rendah.

S:Adakah Puan Shida ada buat bengkel?

J: Setakat ini belum lagi. Mungkin pada masa akan datang, saya akan buat kot.

S:Kita buat coklat dari biji koko ke?

J: Tak. Kita akan buat coklat buatan tangan mengunakan coklat yang separa siap.

S: Dimana saya boleh dapatkan alatan untuk buat coklat?.

J: Sesetengah kedai menjual barangan menjual kek turut menjual acuan coklat atau chocolate mold. Anda boleh mencarinya di kedai sekitar dengan tempat anda. Kami ada menjualnya jika anda mahu.

S: Boleh tak Puan Shida tunjukkan dari A hingga Z untuk menjual coklat dari rumah?

J: Saya hanya boleh tunjukkan cara membuat coklat. Bagi pemasaran, ia bergantung kepada usaha anda. Anda boleh buat sampel percuma untuk diberikan kepada rakan rakan untuk merasa terlebih dahulu.

S: Rumah saya kecil je. Boleh ke?

J:Tak kisah rumah besar atau kecil. Ia tidak mengunakan ruang yang besar pun. Yang penting rumah anda ada peti sejuk untuk bekukan coklat.

S: Saya tiada duit la. Boleh minta diskaun tak?

J: Tak boleh.

S:Panduan Rahsia Coklat Buatan Tangan ini sangat bagus. Boleh tak saya nak menjualnya kembali?

J: Tak boleh. Panduan ini tidak mempunyai hak jual semula.Ia adalah untuk kegunaan persendirian sahaja. Saya akan mengambil tindakan undang undang terhadap mana mana individu yang menjualnya kembali panduan ini.

S:Boleh tak saya bertanya jika terdapat sebarang pertanyaan atau masalah?

J: Boleh. Sebagai pelanggan kami, Anda layak untuk mendapat keistimewaan sebagai pelanggan saya seperti customer support dan sebagainya. Pembelian mestilah menerusi BuatCoklat.com sahaja.

S: Apa beza Pakej CD (RM97.00) dan Starter Kit Rahsia Buat Coklat Buatan Tangan (RM190)?

J: Bagi pakej CD, anda akan menerima CD dan link download bagi produk ini. Manakala bagi pakej Starter Kit, anda akan menerima alatan asas dalam pembuatan coklat buatan tangan beserta CD panduan.

S: Apa beza Coklat Kompaun dan Coklat Couverture?

J: Apa yang membezakannya ialah rasa dan kesedapan coklat berkenaan.

Coklat Couverture adalah coklat yang paling berkualiti tinggi kerana kandungan mentega koko yang tinggi. Ia sangat sensitif terhadap suhu dan tidak boleh dicairkan dengan suhu melebihi 43 darjah Celcius. Ia merupakan coklat yang paling sedap tetapi sukar untuk dikendalikan.

Coklat Kompaun pula adalah mentega koko yang tinggi. Ia terdiri daripada 3 jenis iaitu Dark Chocolate Kompaun, Milk Chocolate Compaun dan White Chocolate Compaun. Ia juga mempunyai rasa dan kandungan yang berbeza.

S: Apa beza ketiga tiga jenis Coklat Kompaun tersebut?

J: Saya terangkan satu persatu.

Dark Chocolate - Ia terdiri daripada mentega koko,gula dan lesitin. Ia boleh digunakan dalam masakan kerana kaya dengan perasa coklat yang sedap.

Milk Chocolate - Ia terdiri daripada mentega koko,likuer koko, gula, vanila, pepejal susu dan lesitin. Ia biasanya digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan. Ia tidak sesuai untuk digunakan sebagai coklat masakan.

White Chocolate - ia mengandungi mentega koko, gula, pepejal susu, vanila dan lesitin. Tetapi ia tidak mengandungi likeur koko menjadikannya ia berwarna putih. Ia digunakan dalam pembuatan coklat buatan tangan sebagai perbandingan warna coklat agar nampak lebih cantik dan berwarna warni.

S: Apa beza coklat kompaun dan coklat masakan?

J: Coklat masakan sebenarnya sejenis coklat compaun. Tetapi gred yang lebih rendah. Ia mengandungi lemak sayuran mengantikan mentega koko, gula, pepejal susu, serbuk koko dan lesitin.

 

Pastikan anda mendapatkan Panduan Coklat Buatan Tangan di laman web BuatCoklat.com sahaja. Soalan lazim ini akan dikemaskini dari masa ke semasa.

 

Utama| Earning Disclaimer| Privacy Policy| Affiliate | Pertanyaan | Soalan Lazim

BuatCoklat.com Salah Satu Produk:

Future Business Network
[Co. Reg: TR0065266-K]
Lot 2399, Kg.Ketior Dalam, 33000 Kuala Kangsar, Perak